Jumaat, 3 Jun 2016

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN 1437 HIJRAH

Tarikh dan tempat tengok anak bulan puasa Ramadhan 2016 18:30 Redaksi Admin Share the post "Tarikh dan tempat tengok anak bulan puasa Ramadhan 2016" Tarikh untuk melihat atau mencerap Anak Bulan Ramadhan bagi menentukan serta menetapkan tarikh permulaan awal puasa tahun ini adalah pada lewat petang hari Ahad, 5 Jun 2016 bersamaan 29 Syaaban 1437 Hijrah Sebagai makluman, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab TARIKH DAN LOKASI MENCERAP ANAK BULAN RAMADAN – PENETAPAN AWAL PUASA 2016 Berikut adalah senarai lokasi atau tempat untuk program cerapan di seluruh negeri di Malaysia untuk melihat anak Bulan Ramadan pada 5 Jun 2016 bersamaan 29 Syaaban 1437 Hijrah Negeri Lokasi Perlis Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Kedah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Pemandangan Indah, Pulau Langkawi Menara Alor Setar, Alor Setar Pulau Pinang Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh Perak Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur Selangor Bukit Melawati Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam Putrajaya Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Negeri Sembilan Telok Kemang, Port Dickson Melaka Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Johor Pontian Kecil Pahang Bukit Tanjong Batu, Nenasi Gunung Berincang, Cameron Highlands Bukit Pelindung, Kuantan Terengganu Bukit Besar, Kuala Terengganu Bukit Geliga, Kemaman Pulau Perhentian, Besut Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu Kelantan Bukit Peraksi, Pasir Putih Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu Sarawak Tanjung Lubang, Miri Teluk Bandung, Kuching Tanjung Batu, Bintulu Sabah Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan Labuan Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan